August 21, 2012
KUALA LUMPUR, 21 Ogos — MCA Kedah hari ini menafikan laporan Sinar Harian yang mengatakan mereka menyokong undang-undang hudud dilaksanakan sekiranya PAS bergabung dengan Umno.
Pengerusinya, Datuk Chong Itt Chew berkata, kenyataannya telah diputarbelitkan oleh wartawan Sinar Harian.
"Itu sama sekali tidak benar. Saya menerima panggilan telefon dari wartawan Sinar Harian yang mahukan respon saya tentang kenyataan Tun Dr Mahathir terhadap kerjasama PAS dan Umno untuk pilihan raya akan datang dan apa pendirian MCA dalam hal ini.
"Saya menjawab jika ada parti mahu menyertai Barisan Nasional (BN), ia perlu mendapat sokongan dari pucuk pimpinan BN dan menerima perlembagaan BN."
"Tetapi pendirian MCA dalam hal ini sangat jelas. Kami tidak menyokong hudud.
"Jadi perkara terbaik bolehlah merujuk terus kepada presiden (Chua Soi Lek)," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider sebentar tadi.
Beliau berkata laporan Sinar Harian "berbeza" dengan kenyataannya.
"Saya sebagai pengerusi MCA sudah beberapa kali membantah PAS Kedah mengenai hukum hudud.
"Niat PAS untuk melaksanakan hukum hudud itu kita sudah nampak, apabila semasa sambutan tahun baru, mereka mengarahkan lelaki dan wanita diasingkan.
"Dan adalah sangat tidak tepat jika mengatakan kita menyokong hukum hudud sebab kami lantang mengkritik isu ini," katanya lagi.
Beliau juga berkata bahawa beliau tidak menyebut tentang DAP.
"Ya, saya tidak menyebut apa-apa tentang DAP. Saya rasa DAP yang menyokong hudud kerana Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng hanya mendiamkan diri.
"Hanya Karpal Singh sahaja yang bersuara," katanya apabila ditanya tentang DAP.
Dalam laporan Sinar Harian hari ini pengerusi MCA negeri Kedah itu dikatakan menyokong hudud kerana "secara rasionalnya hudud tidak melibatkan orang bukan Islam."
Chong berkata beliau tidak tahu bagaimana kenyataan beliau boleh diputarbelit.
"MCA negeri sentiasa mengikut arahan dari ibu pejabat, dan kami tidak menerima hukum hudud untuk dijadikan undang-undang di negara ini," katanya.
The Malaysian Insider